Isnin, 28 Disember 2009
senarai pemimpin Malaysia yg terkini.
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasI
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
Sabtu, 7 November 2009
Manusia=Bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.
Apa khabar semua?Mg2 kalian di bawah rahmat n pelindungan Allah hendaknya.Hari ni sy suka untuk mengulas tajuk diatas iaitu manusia perlu bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.Apa yang di maksudkan bijak itu adalah pandai untuk berfikir segala kesan jangka panjang atau jangka pendek dgn keputusan yang kita pilih terhadap diri dan agama.erm dalam sehari2 kita lalui bermacam2 perkara yang perlu kita buat pilihan dan keputusan..dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar perkara.kenalah dgn firman Allah dijadikan manusia itu sebagai khalifah di bumi ..kerana manusia itu sendiri bebas untuk membuat pilihan dengan menilai perkara yang baik atau buruk untuk dirinya.Selepas itu baru bertawakkal kepada Allah.
Selasa, 21 April 2009
Kembali menulis
Isnin, 9 Februari 2009
sahabat...
TeMan SeJaTi
KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.
HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
rahsia hati
Rahsia hati
Akan terbongkarlah segala rahsia…
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata….
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa….
Air mata ini sering mengalir…
Menahan hati dari terus berkata-kata…
Sakitkah engkau hati…
Kerana menyimpan rahsia ini…
Adakah aku yang zalim…
Kerana membiarkan rahsia hati….
Andai iman tiada, binasalah diri…
PadaNya jua aku berserah diri….
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi….
Jika dia bukan milikku nanti….
Ajaibnya hati ini….
Rahsianya tetap tiada berubah…..
Walau masa kian berlalu……
Rahsia tetap sama seperti dulu…..
Walau ramai yang menunggu…..
Dia tetap kepada yang satu….
Walau puas kupujuk…..
Dia enggan berlalu….
Akhirnya aku yang tewas olehnya…..
Maafkan aku menyeksa dirimu….
Bukan aku tidak mahu….
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku….
Dia bukan milik ku….
Ku harap kau tabah selalu….
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu….
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali…
Kemahuan itu usah diperduli….
Walaupun ia memakan diri….
Kerana ada ganjaran dari ILAHI…..
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini….
Ku harap kau mengerti…
Cintaku hanya untuk ILAHI….
Dialah yang layak dicintai….
Tuhan Rabbul ‘Izzati…..
insyaAllah
Amin…
Rabu, 21 Januari 2009
mesir yg best..
qiraat ni maksudnya..bacaan...bacaan dalam Quran.
knpe perlu belajar qiraat?
kita perlu belajar qiraat ni sbb dia adalah salah satu cabang ilmu yang agung.
.....laila...............awk mghilangkan mood sy nk trskan tulis blog hari ni..
oklah kawan2 setakat nih dulu utk hari ni..lain hari asma terangkan lagi..ok insya'Allah.
asma nk citer pasal ahlul bait asma pulak..
mlm ni ahlul bait asma,kak lisa n ema bz mmbuat karipap...utk bekalan gi mator pukul 3pg nnt.. (buat sedap2 hah..asma tlg goreng je nnt ok..hihi)
pg esk nk ambil mak n ayah baie dr Malaysia..sy n ain je xikut sb ada keje pg esk..asma nk talaqqi..ain pulak nk gi pekse utk subjek last...GOOD LUCK adik Ain..jawab baik2 ye..mudahan kita semua najah dunia akhirat...ina pun mybe tgh layan baeyah kat ym..nk tentatif gi sinaila pulak dia..hehhehe:)
oklah setakat ni dulu..tata..wslm
Rabu, 14 Januari 2009
hari yg memenatkan..
Assalamualaikum semua..
Apa khabar?selamat datang ke blog sy ni..hehe..
sy suka2 je buat blog ni..nak belajar perkara yg baru setiap hari. n nk bercerita
nk citer apa yerk..pasal kehidupan kat Mesir ni..sebagai student Qiraat..
oklah..asma nk citer sikitlah pasal sblm asma dtg bumi yg berkat ni..
korang nk tahu..mmg asma bercita2 dtg kat sini sb tgk kakak asma ni belajar kat bumi yg berkat ni..dia pun selalu sgt bercerita yg best2lah pada asma..so asma terpikat dgn bumi Mesir ni..
Alhamdulillah sekarang asma dah pun sampai kat Mesir dan pejam celik asma pun hampir 3tahun ddk dsini..insya'Allah tahun last kat sini..
bila asma dah alami sndri ddk kat mesir ni..mmg benarlah citer kakak asma ni..
kat sini byk buah2an..jika musim sejuk mcm sekarang ni ada byk buah limau pelbagai jenis..ada strawberi..pastu murah harganya..sekilo 2.50genih shje..
kalu musim panas pulak banyak buah delima..anggur hijau,anggur unggu..hitam pun ada...
buah tembikai kat sini besar2..kalu nk beli kena beli sebiji terus..best..smpai xlarat nk makan..
sayur2an pun banyak dan murah..kubis bunga n kubis air..besar ..kalu beli tu xlarat nk bawa..
bawang pulak kat sini xde bawang kecik2 semua besar..macam kami ni org malaysia mmg terkenal kalu nk beli bawang atau sayur2an msti beli yg kecil2 je..ada satu hari tu nk beli bawang..pastu ammu tu kata dia tahu org malaysia suka yg kecil2 jadi dia asingkan bawang besar yg bersaiz kecil kat satu tmpt yg lain..nk tergelak kami tp kami sukalah sbb xdelah ssh nk mencari yg kecil2..oklah asma nk smbg ngaji pulak lps ni..
nnt ada masa lagi asma smbg ok..wslm
Selasa, 13 Januari 2009
redha kpd ketentuan..

Sabtu, 10 Januari 2009
nafas baru..
Asma rasa bertuah sgt sbb yg nk ajarkan berzanji tu sahabat Asma sendiri.terima kasih Allah. Mengenai berzanji ni Asma rasa mmg begitu bagus utk generasi remaja Islam utk tahu dan menguasainya sb ia adalah salah satu seni Islam ..tambahan lagi ia merupakan syair memuji Rasulullah s.a.w.
Jumaat, 9 Januari 2009
impian yg masih diburu..
erm mlm ni asma gi umah laila..dia masak lemak ayam ..sedap2 sgt.suka sgt g umh dia sll makn sedap2..diri ni jela biasa2 je kalu masak..kekurangan idea..kdg2 minta pendapat org..erm xpe2 belajar dari kelemahan..ada kata perpatah"lebihkan kelebihan dan kurangkan kekurangan"hehehe belajar2 utk jadi sahabat yg baik dunia akhirat.amin. erm nk ulas tentang apa yang berlaku di negara jiran iaitu palestin..sungguh menyedihkan..ramai sangat dah terbunuh..hanya mampu berdoa pada Allah agar turunkan pertolongan buat saudara dpalestin n dberi kekuatan kpd umat Islam utk bangkit dlena duniawi yang panjang...berjuang dari pelbagai segi..ilmu..tapikan asma sedih sgt knpe dr ni susah nk solat malam dah..at list tahajjud..aduh ini dah kira parah sudah ni iman dlm diri..ngaji tak smpi 3juz nk ulang..mmg sakit...doakan ye agar pulih!!!
Khamis, 8 Januari 2009
Misi bermula..Mumtaz syahadah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Apa khabar sahabat2 semua?Asma harap semua sihat walafiat hendaknya..Hari ni Asma baru balik dari temankan laila gi Amnu daulah nk smbg visa..tapi nasib hari ni kurang baik sbb ammu tu suruh dtg hari sabtu pulak..erm mcmnilah keadaannya..buat urusan ngn org arab mesir..ikut mood dia..sabo jela..erm lps ni nak gi kelas mahaad pulak...hari ni kena belajar Qiraat syazah dan jama'Qiraat imam susi an abu amru..dah studi dah tapi tak bawa buku note pulak..erm nmpknya kena ingatla..erm..lps mahaad cadangnya nk g umah kak ruby..nk tgk hardisk..katanya nk setup lain..nk jemana aeus..entahlah asma pun tak tahu..hari tu xdpt pun cd wkt ust tu bagi hardisk..
"kita merancang tapi Allah terntukan"
begitulah keadaannya..hari ni asma xjadi g umh kak ruby tp gi umh kak tiey..sukalah kawan kak tiey ni..banyak ilmu dapat dikongsi..rasa semangat pun ada..apa2pun mmg bersyukur pada Allah kerana menghadirkan insan yang amat bermakna buat diri yang hina dina ini...
Matlamatnya utk dapat ilmu dan pengalaman..bertambah ukhuwah muslimah.mlm ni nk discuss ulum Quran n note Qiraat...Moga2 Allah buka pintu kefahaman buat kami.
esok Misi Mumtaz Syahadah bersambung kembali...aku.kak tiey,kak ina,kak lisa,bae,naya.tira n kak jau berkumpul kat bait atikah..ulum Quran sasaran kami...wslm