Rabu, 13 Januari 2010

Doa Kebahagiaan

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia kan menjadi teman hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah...ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
Bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah....
cukuplah engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
Kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
Kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Isnin, 28 Disember 2009

senarai pemimpin Malaysia yg terkini.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak


Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasI
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I

Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)


Menteri pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)

Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)


Menteri pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)


Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi

Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)


Menteri dalam negeri


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Jelaing Mersat (timbalan)


Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan


Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)

Senator Heng Seai Kie (timbalan)


Menteri tenaga, teknologi hijau dan air

Datuk Peter Chin Fah Kui

Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)


Menteri pengajian tinggi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)

Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)


Menteri sains, teknologi dan inovasi

Datuk Dr Maximus Ongkili

Fadillah Yusof (timbalan)


Menteri sumber asli dan alam sekitar

Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri

Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)

Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)


Menteri pertahanan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)


Menteri kerja raya

Datuk Shaziman Abu Mansor

Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)


Menteri kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Wee Jeck Seng (timbalan)


Menteri sumber manusia


Datuk Dr S Subramaniam

Datuk Maznah Mazlan (timbalan)


Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna


Datuk Ismail Sabri Yaakob


Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)


Menteri perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Sharizat Jalil

Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)


Menteri luar


Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)

Datuk Lee Chee Leong (timbalan)


Menteri wilayah persekutuan


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Datuk M Saravanan (timbalan)

Sabtu, 7 November 2009

Manusia=Bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar semua?Mg2 kalian di bawah rahmat n pelindungan Allah hendaknya.Hari ni sy suka untuk mengulas tajuk diatas iaitu manusia perlu bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.Apa yang di maksudkan bijak itu adalah pandai untuk berfikir segala kesan jangka panjang atau jangka pendek dgn keputusan yang kita pilih terhadap diri dan agama.erm dalam sehari2 kita lalui bermacam2 perkara yang perlu kita buat pilihan dan keputusan..dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar perkara.kenalah dgn firman Allah dijadikan manusia itu sebagai khalifah di bumi ..kerana manusia itu sendiri bebas untuk membuat pilihan dengan menilai perkara yang baik atau buruk untuk dirinya.Selepas itu baru bertawakkal kepada Allah.

Selasa, 21 April 2009

Kembali menulis

Assalamualaikum.Alhamdulillah ada jgk waktu dan ruang saya untuk menulis d blog kesayangan ini.Lama sudah tidak menulis jadi banyak perubahan dalam rutin seharian,sekarang tidak sibuk bulan2 y lepas.Kelas syeikh dua kali seminggu dan kelas syeikhah sambung lepas exam.Saat-saat peperiksaan yang bakal menjelang ini,diri ini..Lebih suka untuk studi sendiri membuat persediaan pecutan syahadah katakan.Huhu.Walaupun agak bimbang dengan bekalan yang ada sekarang tetapi kena juga usaha dan doa dapat kekuatan dan ketabahan sehingga saat peperiksaan nanti.Berikut adalah jadual peperiksaanku 3jun(rabu)tarikh mashaf 4jun(khamis)Quran tahriri 6jun(sabtu)dobth Quran 7jun(ahad)Qiraat tahriri 8jun(isnin)fawasil Quran 14jun(ahad)ulum Quran 18jun(khamis)Tarikh Qura dan syafawi Quran bila-bila sahaja dalam masa bermula periksa subjek hingga akhir periksa subjek.Debaran semakin terasa..Suhu badan pun tak sekata dek ketakutan sangat seiring dengan perubahan cuaca ke musim panas..Moga kita berjaya sentiasa..Bersama kasih sayang Allah dan kerahmatanNya.Amin

Isnin, 9 Februari 2009

sahabat...

TeMan SeJaTi

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

rahsia hati

Rahsia hati

Andai hati boleh berkata-kata….
Akan terbongkarlah segala rahsia…
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata….
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa….
Rahsia hati…
Air mata ini sering mengalir…
Menahan hati dari terus berkata-kata…
Sakitkah engkau hati…
Kerana menyimpan rahsia ini…
Adakah aku yang zalim…
Kerana membiarkan rahsia hati….
Aduhai alangkah susahnya menahan rahsia ini….
Andai iman tiada, binasalah diri…
PadaNya jua aku berserah diri….
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi….
Jika dia bukan milikku nanti….
Kadang aku terfikir….
Ajaibnya hati ini….
Rahsianya tetap tiada berubah…..
Walau masa kian berlalu……
Rahsia tetap sama seperti dulu…..
Walau ramai yang menunggu…..
Dia tetap kepada yang satu….
Walau puas kupujuk…..
Dia enggan berlalu….
Akhirnya aku yang tewas olehnya…..
Duhai hatiku….
Maafkan aku menyeksa dirimu….
Bukan aku tidak mahu….
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku….
Dia bukan milik ku….
Ku harap kau tabah selalu….
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu….
Bersabarlah duhai hati….
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali…
Kemahuan itu usah diperduli….
Walaupun ia memakan diri….
Kerana ada ganjaran dari ILAHI…..
Di kemudian hari….
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini….
Ku harap kau mengerti…

Cintaku hanya untuk ILAHI….
Dialah yang layak dicintai….

Tuhan Rabbul ‘Izzati…..
insyaAllah
Amin…
wallahu’alam

Rabu, 21 Januari 2009

mesir yg best..

salam alaik semua..maaflah lama xupdate blogspot ni..asma busy dgn rutin harian yg menyeronokkan..g talaqqi..biar pun agak letih tp apalah nilainya dgn pengalaman yg dapat..bestnya..syg mesir..lps talaqqi Quran..gi talaqqi jama' Qiraat ngn syeikh Husin..best sgt sbb subjek qiraat memerlukan kajiaan yg mendalam..bayangkanlah..ilmu ni dikumpulkan dalam bait2 syair..pastu dalam bait2 tu pulak kita kena faham dan syarah..rasa macam madah add mate pulak.. tp lebih susah rasanya...sbb lps tu pulak kena hafal bait2 syair tu sebagai dalil knpe kita letak jawapan tu..erm bg kawan2 asma yg belum mengenali qiraat ni..mai asma bgtau sikit2... mula2 persoalan pertama..apa maksud qiraat nih?
qiraat ni maksudnya..bacaan...bacaan dalam Quran.
knpe perlu belajar qiraat?
kita perlu belajar qiraat ni sbb dia adalah salah satu cabang ilmu yang agung.
.....laila...............awk mghilangkan mood sy nk trskan tulis blog hari ni..
oklah kawan2 setakat nih dulu utk hari ni..lain hari asma terangkan lagi..ok insya'Allah.
asma nk citer pasal ahlul bait asma pulak..
mlm ni ahlul bait asma,kak lisa n ema bz mmbuat karipap...utk bekalan gi mator pukul 3pg nnt.. (buat sedap2 hah..asma tlg goreng je nnt ok..hihi)
pg esk nk ambil mak n ayah baie dr Malaysia..sy n ain je xikut sb ada keje pg esk..asma nk talaqqi..ain pulak nk gi pekse utk subjek last...GOOD LUCK adik Ain..jawab baik2 ye..mudahan kita semua najah dunia akhirat...ina pun mybe tgh layan baeyah kat ym..nk tentatif gi sinaila pulak dia..hehhehe:)
oklah setakat ni dulu..tata..wslm