Isnin, 28 Disember 2009

senarai pemimpin Malaysia yg terkini.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak


Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasI
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I

Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)


Menteri pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)

Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)


Menteri pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)


Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi

Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)


Menteri dalam negeri


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Jelaing Mersat (timbalan)


Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan


Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)

Senator Heng Seai Kie (timbalan)


Menteri tenaga, teknologi hijau dan air

Datuk Peter Chin Fah Kui

Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)


Menteri pengajian tinggi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)

Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)


Menteri sains, teknologi dan inovasi

Datuk Dr Maximus Ongkili

Fadillah Yusof (timbalan)


Menteri sumber asli dan alam sekitar

Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri

Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)

Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)


Menteri pertahanan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)


Menteri kerja raya

Datuk Shaziman Abu Mansor

Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)


Menteri kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Wee Jeck Seng (timbalan)


Menteri sumber manusia


Datuk Dr S Subramaniam

Datuk Maznah Mazlan (timbalan)


Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna


Datuk Ismail Sabri Yaakob


Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)


Menteri perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Sharizat Jalil

Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)


Menteri luar


Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)

Datuk Lee Chee Leong (timbalan)


Menteri wilayah persekutuan


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Datuk M Saravanan (timbalan)

Sabtu, 7 November 2009

Manusia=Bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar semua?Mg2 kalian di bawah rahmat n pelindungan Allah hendaknya.Hari ni sy suka untuk mengulas tajuk diatas iaitu manusia perlu bijak dalam memilih dan membuat keputusan hidup.Apa yang di maksudkan bijak itu adalah pandai untuk berfikir segala kesan jangka panjang atau jangka pendek dgn keputusan yang kita pilih terhadap diri dan agama.erm dalam sehari2 kita lalui bermacam2 perkara yang perlu kita buat pilihan dan keputusan..dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar perkara.kenalah dgn firman Allah dijadikan manusia itu sebagai khalifah di bumi ..kerana manusia itu sendiri bebas untuk membuat pilihan dengan menilai perkara yang baik atau buruk untuk dirinya.Selepas itu baru bertawakkal kepada Allah.

Selasa, 21 April 2009

Kembali menulis

Assalamualaikum.Alhamdulillah ada jgk waktu dan ruang saya untuk menulis d blog kesayangan ini.Lama sudah tidak menulis jadi banyak perubahan dalam rutin seharian,sekarang tidak sibuk bulan2 y lepas.Kelas syeikh dua kali seminggu dan kelas syeikhah sambung lepas exam.Saat-saat peperiksaan yang bakal menjelang ini,diri ini..Lebih suka untuk studi sendiri membuat persediaan pecutan syahadah katakan.Huhu.Walaupun agak bimbang dengan bekalan yang ada sekarang tetapi kena juga usaha dan doa dapat kekuatan dan ketabahan sehingga saat peperiksaan nanti.Berikut adalah jadual peperiksaanku 3jun(rabu)tarikh mashaf 4jun(khamis)Quran tahriri 6jun(sabtu)dobth Quran 7jun(ahad)Qiraat tahriri 8jun(isnin)fawasil Quran 14jun(ahad)ulum Quran 18jun(khamis)Tarikh Qura dan syafawi Quran bila-bila sahaja dalam masa bermula periksa subjek hingga akhir periksa subjek.Debaran semakin terasa..Suhu badan pun tak sekata dek ketakutan sangat seiring dengan perubahan cuaca ke musim panas..Moga kita berjaya sentiasa..Bersama kasih sayang Allah dan kerahmatanNya.Amin

Isnin, 9 Februari 2009

sahabat...

TeMan SeJaTi

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

rahsia hati

Rahsia hati

Andai hati boleh berkata-kata….
Akan terbongkarlah segala rahsia…
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata….
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa….
Rahsia hati…
Air mata ini sering mengalir…
Menahan hati dari terus berkata-kata…
Sakitkah engkau hati…
Kerana menyimpan rahsia ini…
Adakah aku yang zalim…
Kerana membiarkan rahsia hati….
Aduhai alangkah susahnya menahan rahsia ini….
Andai iman tiada, binasalah diri…
PadaNya jua aku berserah diri….
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi….
Jika dia bukan milikku nanti….
Kadang aku terfikir….
Ajaibnya hati ini….
Rahsianya tetap tiada berubah…..
Walau masa kian berlalu……
Rahsia tetap sama seperti dulu…..
Walau ramai yang menunggu…..
Dia tetap kepada yang satu….
Walau puas kupujuk…..
Dia enggan berlalu….
Akhirnya aku yang tewas olehnya…..
Duhai hatiku….
Maafkan aku menyeksa dirimu….
Bukan aku tidak mahu….
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku….
Dia bukan milik ku….
Ku harap kau tabah selalu….
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu….
Bersabarlah duhai hati….
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali…
Kemahuan itu usah diperduli….
Walaupun ia memakan diri….
Kerana ada ganjaran dari ILAHI…..
Di kemudian hari….
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini….
Ku harap kau mengerti…

Cintaku hanya untuk ILAHI….
Dialah yang layak dicintai….

Tuhan Rabbul ‘Izzati…..
insyaAllah
Amin…
wallahu’alam

Rabu, 21 Januari 2009

mesir yg best..

salam alaik semua..maaflah lama xupdate blogspot ni..asma busy dgn rutin harian yg menyeronokkan..g talaqqi..biar pun agak letih tp apalah nilainya dgn pengalaman yg dapat..bestnya..syg mesir..lps talaqqi Quran..gi talaqqi jama' Qiraat ngn syeikh Husin..best sgt sbb subjek qiraat memerlukan kajiaan yg mendalam..bayangkanlah..ilmu ni dikumpulkan dalam bait2 syair..pastu dalam bait2 tu pulak kita kena faham dan syarah..rasa macam madah add mate pulak.. tp lebih susah rasanya...sbb lps tu pulak kena hafal bait2 syair tu sebagai dalil knpe kita letak jawapan tu..erm bg kawan2 asma yg belum mengenali qiraat ni..mai asma bgtau sikit2... mula2 persoalan pertama..apa maksud qiraat nih?
qiraat ni maksudnya..bacaan...bacaan dalam Quran.
knpe perlu belajar qiraat?
kita perlu belajar qiraat ni sbb dia adalah salah satu cabang ilmu yang agung.
.....laila...............awk mghilangkan mood sy nk trskan tulis blog hari ni..
oklah kawan2 setakat nih dulu utk hari ni..lain hari asma terangkan lagi..ok insya'Allah.
asma nk citer pasal ahlul bait asma pulak..
mlm ni ahlul bait asma,kak lisa n ema bz mmbuat karipap...utk bekalan gi mator pukul 3pg nnt.. (buat sedap2 hah..asma tlg goreng je nnt ok..hihi)
pg esk nk ambil mak n ayah baie dr Malaysia..sy n ain je xikut sb ada keje pg esk..asma nk talaqqi..ain pulak nk gi pekse utk subjek last...GOOD LUCK adik Ain..jawab baik2 ye..mudahan kita semua najah dunia akhirat...ina pun mybe tgh layan baeyah kat ym..nk tentatif gi sinaila pulak dia..hehhehe:)
oklah setakat ni dulu..tata..wslm

Rabu, 14 Januari 2009

hari yg memenatkan..

Erm..
Assalamualaikum semua..
Apa khabar?selamat datang ke blog sy ni..hehe..
sy suka2 je buat blog ni..nak belajar perkara yg baru setiap hari. n nk bercerita
nk citer apa yerk..pasal kehidupan kat Mesir ni..sebagai student Qiraat..
oklah..asma nk citer sikitlah pasal sblm asma dtg bumi yg berkat ni..
korang nk tahu..mmg asma bercita2 dtg kat sini sb tgk kakak asma ni belajar kat bumi yg berkat ni..dia pun selalu sgt bercerita yg best2lah pada asma..so asma terpikat dgn bumi Mesir ni..
Alhamdulillah sekarang asma dah pun sampai kat Mesir dan pejam celik asma pun hampir 3tahun ddk dsini..insya'Allah tahun last kat sini..
bila asma dah alami sndri ddk kat mesir ni..mmg benarlah citer kakak asma ni..
kat sini byk buah2an..jika musim sejuk mcm sekarang ni ada byk buah limau pelbagai jenis..ada strawberi..pastu murah harganya..sekilo 2.50genih shje..
kalu musim panas pulak banyak buah delima..anggur hijau,anggur unggu..hitam pun ada...
buah tembikai kat sini besar2..kalu nk beli kena beli sebiji terus..best..smpai xlarat nk makan..
sayur2an pun banyak dan murah..kubis bunga n kubis air..besar ..kalu beli tu xlarat nk bawa..
bawang pulak kat sini xde bawang kecik2 semua besar..macam kami ni org malaysia mmg terkenal kalu nk beli bawang atau sayur2an msti beli yg kecil2 je..ada satu hari tu nk beli bawang..pastu ammu tu kata dia tahu org malaysia suka yg kecil2 jadi dia asingkan bawang besar yg bersaiz kecil kat satu tmpt yg lain..nk tergelak kami tp kami sukalah sbb xdelah ssh nk mencari yg kecil2..oklah asma nk smbg ngaji pulak lps ni..
nnt ada masa lagi asma smbg ok..wslm

Selasa, 13 Januari 2009

redha kpd ketentuan..


Assalamualaikum semua...

hari ni asma mcm sembang2 ngn korang pasal hidup kita ni kan..sebenarnya tak semua impian kita tercapai..betul tak? sebab tu ada konsep redha atas ketentuan setelah kita berusaha..Ya Allah najahkan imtihankan lah aku tahun ni..banyak perlu aku buat lepas ni..nk katam talaqqi nk katam hafaz..setiap hari 3mq pg ptg..ijtihad kathir kata syeikh ksygan..asma nk cite pasal syeikh asma ni..bagus sgt sbb dia xambil upah pun nak mengajar kitaorg sedangkan zaman sekarang kos hidup d mesir ni makin tinggi..syeikh still tak kisah pun sbb dia pernah kata yang jika dia ambil upah nnt pelajar takut nk dtg sbb takut kena bayar..sedangkan ilmu agama ni patut utk kita tahu..tadi g tasmi tp ms tak cukup jadi terpaksalah balik umh..pujuk hati yang lps ni boleh tambah lagi hafalan..ptg tu g mahaad ..hari sepatut ni g ambk kitab tp tak dpt sbb us yg jaga kitab tu tak datang so redha sgt2.mlm ni pula tgk shbt yg baru kawin..saje nk ambk hati dia yelah dia mesti sunyi sbb suami dia kat malaysia..kesian dia..nnt dia nk balik Malaysia 20hb ni sbb asyik teringat je katanya..mg urusan dia dpermudahkan..citer pasal dia ni nk balik Malaysia asma pun nk lah kirim ubat utk ayah tp dia kata ubat2an ni xblh bw sbb kalu nk kargo tak lps..apa pasal skg ni pelik sgt..ubt2 pun tak blh nk bawa..geram..cian kat keluarga tak pernah asma nk kirim apa2 diaorg je yg kirim kek la..ubat lah..haa baru asma ingat yg kalu nk kirim ubt bubuh dalam kertas yg mak asma guna waktu bg ubat kat asma baru2 ni..nk tanya intan balikla..hehehe..msti dia xde alasan nk tolak..esok kak ina birthdaylah..yg ke25thn..xde hadiah bg ..biasalah tgh sengkek..bg testi je nnt..insya'Allah..asma ni taip2 lupa dah roomate nk exam..dia suruh naik cepat..biasalah kakak kesygan katakan..hahaha(perasan)oklah ain ..kak asma balik bilik..janji kena belajar rajin2 bukan tgk cite nor..

Sabtu, 10 Januari 2009

nafas baru..

Alhamdulillah syukur pada Allah kena dberi kesempatan lagi utk menaip utk blog ni..hari ni asma best sgt sbb antara impian yg lama terpendam Allah kabulkan iaitu dapat belajar berzanji lagu rast n sikah ..best2 sgt.cuma sekarang kena rajin utk ulang2 dgr rakaman2 berzanji n ikut rentaknya..
Asma rasa bertuah sgt sbb yg nk ajarkan berzanji tu sahabat Asma sendiri.terima kasih Allah. Mengenai berzanji ni Asma rasa mmg begitu bagus utk generasi remaja Islam utk tahu dan menguasainya sb ia adalah salah satu seni Islam ..tambahan lagi ia merupakan syair memuji Rasulullah s.a.w.

Jumaat, 9 Januari 2009

impian yg masih diburu..

Alhamdulillah hari ni habis jgk asma bentang tajuk 'musthambith fi ulumul Quran'..nanti jumaat dpn tajuk lain pulak..best jgk discuss ni yer..blh tahu kelebihan n kelemahan kita..tambah ukhuwah siraturahim..lps ni nk belajar edit2 kat blog ni bg cantik..hehehe
erm mlm ni asma gi umah laila..dia masak lemak ayam ..sedap2 sgt.suka sgt g umh dia sll makn sedap2..diri ni jela biasa2 je kalu masak..kekurangan idea..kdg2 minta pendapat org..erm xpe2 belajar dari kelemahan..ada kata perpatah"lebihkan kelebihan dan kurangkan kekurangan"hehehe belajar2 utk jadi sahabat yg baik dunia akhirat.amin. erm nk ulas tentang apa yang berlaku di negara jiran iaitu palestin..sungguh menyedihkan..ramai sangat dah terbunuh..hanya mampu berdoa pada Allah agar turunkan pertolongan buat saudara dpalestin n dberi kekuatan kpd umat Islam utk bangkit dlena duniawi yang panjang...berjuang dari pelbagai segi..ilmu..tapikan asma sedih sgt knpe dr ni susah nk solat malam dah..at list tahajjud..aduh ini dah kira parah sudah ni iman dlm diri..ngaji tak smpi 3juz nk ulang..mmg sakit...doakan ye agar pulih!!!

Khamis, 8 Januari 2009

Misi bermula..Mumtaz syahadah


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Apa khabar sahabat2 semua?Asma harap semua sihat walafiat hendaknya..Hari ni Asma baru balik dari temankan laila gi Amnu daulah nk smbg visa..tapi nasib hari ni kurang baik sbb ammu tu suruh dtg hari sabtu pulak..erm mcmnilah keadaannya..buat urusan ngn org arab mesir..ikut mood dia..sabo jela..erm lps ni nak gi kelas mahaad pulak...hari ni kena belajar Qiraat syazah dan jama'Qiraat imam susi an abu amru..dah studi dah tapi tak bawa buku note pulak..erm nmpknya kena ingatla..erm..lps mahaad cadangnya nk g umah kak ruby..nk tgk hardisk..katanya nk setup lain..nk jemana aeus..entahlah asma pun tak tahu..hari tu xdpt pun cd wkt ust tu bagi hardisk..
"kita merancang tapi Allah terntukan"
begitulah keadaannya..hari ni asma xjadi g umh kak ruby tp gi umh kak tiey..sukalah kawan kak tiey ni..banyak ilmu dapat dikongsi..rasa semangat pun ada..apa2pun mmg bersyukur pada Allah kerana menghadirkan insan yang amat bermakna buat diri yang hina dina ini...
Matlamatnya utk dapat ilmu dan pengalaman..bertambah ukhuwah muslimah.mlm ni nk discuss ulum Quran n note Qiraat...Moga2 Allah buka pintu kefahaman buat kami.
esok Misi Mumtaz Syahadah bersambung kembali...aku.kak tiey,kak ina,kak lisa,bae,naya.tira n kak jau berkumpul kat bait atikah..ulum Quran sasaran kami...wslm