Isnin, 9 Februari 2009

sahabat...

TeMan SeJaTi

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan