Isnin, 9 Februari 2009

rahsia hati

Rahsia hati

Andai hati boleh berkata-kata….
Akan terbongkarlah segala rahsia…
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata….
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa….
Rahsia hati…
Air mata ini sering mengalir…
Menahan hati dari terus berkata-kata…
Sakitkah engkau hati…
Kerana menyimpan rahsia ini…
Adakah aku yang zalim…
Kerana membiarkan rahsia hati….
Aduhai alangkah susahnya menahan rahsia ini….
Andai iman tiada, binasalah diri…
PadaNya jua aku berserah diri….
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi….
Jika dia bukan milikku nanti….
Kadang aku terfikir….
Ajaibnya hati ini….
Rahsianya tetap tiada berubah…..
Walau masa kian berlalu……
Rahsia tetap sama seperti dulu…..
Walau ramai yang menunggu…..
Dia tetap kepada yang satu….
Walau puas kupujuk…..
Dia enggan berlalu….
Akhirnya aku yang tewas olehnya…..
Duhai hatiku….
Maafkan aku menyeksa dirimu….
Bukan aku tidak mahu….
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku….
Dia bukan milik ku….
Ku harap kau tabah selalu….
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu….
Bersabarlah duhai hati….
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali…
Kemahuan itu usah diperduli….
Walaupun ia memakan diri….
Kerana ada ganjaran dari ILAHI…..
Di kemudian hari….
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini….
Ku harap kau mengerti…

Cintaku hanya untuk ILAHI….
Dialah yang layak dicintai….

Tuhan Rabbul ‘Izzati…..
insyaAllah
Amin…
wallahu’alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan